Blogger ini dikenali dengan nama Aini Murni. Mempunyai kelulusan Ijazah Undang-undang (dengan kepujian), UIAM dan Diploma Lanjutan Syariah dan Amalan (DLSA), UiTM. Merupakan seorang Certified NLP Practitioner, NFNLP, US.
Beliau merupakan seorang pengamal undang-undang di Selangor. Beliau mempunyai kemahiran dan pengalaman dalam bidang hartanah, perjanjian (kontrak), harta pusaka dan undang-undang kekeluargaan Islam.
Selain itu, beliau merupakan seorang yang minat menulis. Pernah menerbitkan buku yang bertajuk ‘Dahsyatnya Taubat Nasuha’ dengan Penerbit PTS Islamika Sdn Bhd.
Beliau minat menghadiri kursus, seminar dan bengkel berbentuk spiritual dan pembangunan diri.
Blog ini dihasilkan bagi tujuan perkongsian ilmu, undang-undang, cerita dan pengalaman dan rasa untuk kebaikan bersama.